Sunday, August 7, 2011

4.15 am at LCCT

Tepat jam 6.30, flight kami akan berlepas dari LCCT Sepang, menuju ke Shenzen, di mana Kejohanan Universiti Dunia akan berlangsung..

Diletakkan sekumpulan dengan Ukraine, Brazil, dan Rusia, sememangnya tugas yg agak berat menanti kami untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Tapi kami akan tetap cuba..

Semestinya aku akan merindui semua yang tersayang di Malaysia terutama sekali keluargaku. Kesihatan diri amatlah penting terutama sekali semasa menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku cuba fokus dan membuat yg terbaik semasa di bumi Shenzen ini..

Sampaikan salam sayang kepada yg mengenali diri ini.. Doakan supaya kami dapat berjuang dan kembali ke tanah air dgn selamat dan gembira.. Terima kasih..