Mungkin peminat drama tempatan pernah menonton drama 'Ai di Beijing', kisah cinta di negara China yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Rozita Che Wan, Dynas, dan lain2.. Namun, kisah cintaku pula di Shenzhen..
Ai di Shenzhen..
Kisahnya bermula perlahan, apabila aku bersama jurulatih2 iaitu Coach Amin dan Coach Richard sering ke dining hall utk supper dlm pukul 11 lebih. Ketibaan kami di dining hall seringkali disambut mesra dan senyuman oleh penyambut di situ.
Namun, aku terpandang kepada salah seorang penyambut tetamu di situ.. Orangnya putih, comel, tpi aku sangat2 tertarik kepadanya, bukan kerana kecantikannya, tetapi kelembutan dalam pertuturan dan sikapnya yg sangat2 sopan(mcm org Jepun). Aku sering
menegurnya tiap2 malam tetapi malu utk berbual dgnnya.
Lagipun org China sukar utk berbahasa Inggeris.
Tpi, aku beranikan diri utk sekurang2nya bertanyakan namanya..
Lixue, sedap namanya(chewah!)..
Hari demi hari, kami semakin rapat. Dia memberitahu aku bahawa dia bertugas pada pukul

11.30 malam hingga 6.30 pagi. Jadi, aku akan bertemu dgnnya pada waktu supper dan sahur. Dan pada suatu hari, aku beranikan diri utk mengajaknya berjalan2 di sekitar
perkampungan sukan, dan dia setuju! Jadi, sebaik sahaja dia tamat waktu kerja, aku menjemputnya dan berjalan2 dengannya pada waktu pagi sebelum pasukan kami melakukan light workout pukul 8 pagi. Setiap pagi aku bertemu dengannya adalah pagi yang indah, disinari mentari dan bunga2 yg banyak ditanam di sekitar perkampungan sukan.
Selepas itu, aku bertanyakan padanya dimana tempat utk ku membeli kain sutera buat ummi dan adik2 perempuanku. Lalu dia menyatakan bahawa dia sanggup membawaku pergi ke tempat berkenaan. Kami berjanji tempat dan waktu, lalu kami bertemu di stesen subway LaoJie, menuju ke pusat membeli belah Dong Men. Kami menghabiskan waktu2 yg terluang sebaik mungkin, bergurau senda, dan berbual2. Sedang asyik berjalan2, ter'kantoi' pulak dengan rakan2 sepasukan bola sepak, memang kantoi habis.. Hahaha..

Hari yang sgt2 indah, itulah kali pertama, dan kali terakhir
kami keluar bersama2.. Kerana aku akan bertolak pulang ke Malaysia pada hari esok..
Di malam terakhir aku disana, aku berbual2 dengan Coach Richard dan Coach Amin, tiba2 dia datang kepadaku. Coach Richard faham bahawa Lixue ingin menghabiskan malam terakhir aku disana bersamanya, berbual2.. kami berbual, dan dalam keadaan sedih, aku memberikannya banyak nasihat.. Salah satunya, aku berkata bahawa dia adalah seorang yg sangat2 baik dan sopan, jadi carilah lelaki yg sgt2 baik juga, dan mencintainya sepenuh hati.. Dia tersentuh dan aku merasakan dia hampir menangis, jadi aku menukar topik perbualan dan kami berbual2 dengan gembira seperti biasa..
Selepas sahur, aku mengucapkan selamat tinggal padanya, lalu dia memegang tanganku dan berterima kasih padaku, kerana memberi kenangan yg sgt2 indah kepadanya, dan memberi makna dalam hidupnya.. Dia memberikan aku anak patung kecil, supaya aku sering mengingatinya ketika kembali ke tanah air.. Itulah kali terakhir aku menatap wajahnya, dan dengan hati sayu, aku berjalan ke bilikku, mengambil bagasi, dan menuju ke lapangan terbang antarabangsa Shenzhen..
Setibanya aku di Malaysia, aku menerima e-mel.. Datangnya dari LiXue..

To: Izzy Rukawa Yuy
Sent: Wednesday, 24 August 2011 21:14:43
Subject: 回复: Ni hao!
I will always remember you ,I am very happy ,because I ...love you.. I want to see you,I miss the university...I want to every day can see you. .When you leave,you didn't find me crying...I first time I have this feeling.. So, I have been waiting to meet you again one day....just to hug you..to make agreement you, so we must meet! Sorry,I want to sleep ...good night.I miss you..
---原始邮件---
发件人:"Izzy Rukawa Yuy"
发送时间:2011年8月24日 星期三 下午8:52
Sent: Wednesday, 24 August 2011 21:14:43
Subject: 回复: Ni hao!
I will always remember you ,I am very happy ,because I ...love you.. I want to see you,I miss the university...I want to every day can see you. .When you leave,you didn't find me crying...I first time I have this feeling.. So, I have been waiting to meet you again one day....just to hug you..to make agreement you, so we must meet! Sorry,I want to sleep ...good night.I miss you..
---原始邮件---
发件人:"Izzy Rukawa Yuy"
发送时间:2011年8月24日 星期三 下午8:52
Aku terdiam.. Kerana aku tak sangka, dia mempunyai perasaan terhadapku.. Tapi, secara realistik mana mungkin kami mampu bercinta, kerana kami terlalu berbeza.. dari segi adat, budaya, dan agama.. Tapi, sikapnya yang sederhana dan sopan membuatkan aku tidak dapat melupakannya.. Sikap yang ada padanya, sukar aku temui pada gadis2 di Malaysia..
Begitulah kisah cintaku yang tertinggal di Shenzhen.. Sukar untuk ku melupakannya sehingga kini.. Itulah kisahku, Ai di Shenzhen..





