Sunday, July 31, 2011

Ramadhan kali ini... Agak berbeza..

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua yang mengenali diri ini..

Aku sempat mengerjakan solat terawih pertama di surau dan pada hari pertama puasa, aku sempat bersahur dan berbuka bersama2 keluargaku tersayang.. Hanya utk hari pertama puasa sahaja.. Hari kedua dan selebihnya, aku akan berpuasa bersama2 rakan2 sepasukan sehingga kami kembali menjejakkan kaki ke Malaysia..

Berbeza? Sememangnya Ramadhan tahun ini agak berbeza.. Kerana aku akan berpuasa selama seminggu di Malaysia, 2 minggu 2 hari di Shenzen, China, dan bakinya kembali ke tanah air utk minggu terakhir puasa dan menyambut ketibaan Syawal yang gemilang..

Mcm mana agaknya berpuasa di negara org erk? Suhu kt sana sama je ngan Malaysia, cuma lagi panas sbb cuaca kt sana panas dan kering, bukan panas dan lembap spt di negara kita.. Tambahan pula, kat sana kena berpuasa lebih kurang 15 jam, bukan 13 jam stengah spt di Malaysia.. Huhuhu.. X pe, lagi byk pahala kami dapat.. Huhuhu..

Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih banyak pengertian dan keinsafan pada diriku dan kamu smua.. Salam Ramadhan dan salam uhkwah dari hamba..

Salam...

No comments:

Post a Comment