Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah, akhirnya impian menjadi kenyataan.. To the WORLD!!


Alhamdulillah, my true dream comes true..

Impian? Erm, sebenarnya impianku adalah untuk ke kejohanan dunia. Kejohanan dimana semua yang terbaik dari seluruh dunia berkumpul dan mempamerkan aksi bertaraf dunia. Dan yang paling gembira, aku dapat berdiri seiring dgn yg terbaik, berada di mata dunia, dan berdiri di puncak dunia!

Ahad lalu, selepas berjaya menjuarai Liga IPT Grand Finale, Coach Arif beritahu bahawa aku kena melaporkan diri di Wisma FAM pada 25 Julai ini utk memulakan kem latihan bersama pasukan bola sepak kebangsaan yang dibentuk untuk mewakili negara ke Kejohanan Sukan Universiti DUNIA(Universiade).. Rasanya ini adalah penghargaan tertinggi bagiku, kerana dapat mewakili negara dan berjalan seiring dgn atlet2 terkemuka tanah air ke Universiade iaitu Azizulhasni Awang(basikal). Selain itu, antara atlet kebangsaan yang bakal menyertai Universiade adalah Pandalela Renong, Leong Mun Yee, Bryan Nikson Lomas (terjun), Khoo Chai Lin (renang), Zulfadli Zulkifli (badminton), Wan Mohd Khalmizam Wan Abd. Aziz dan Chen Chu Sian (memanah)..

Walaupun belum dapat pengesahan untuk ke kejohanan tersebut(belum ada hitam putih), tpi aku berharap agar aku dpt bersama membantu pasukan kebangsaan sebagai fisioterapi pasukan. Kalau betul2 confirm, baru la aku ceritakan kepada rakan2 lain.. Huhuhu...

2 comments:

  1. Wow... That's awesome! Kalau dapat bagitau I jugak k? Can't say how proud I am to be a friend of yours. :)

    ReplyDelete