Wednesday, July 13, 2011

Siapakah juara Liga IPT Grand Finale: Piala Menteri Pengajian TInggi??

Ketika perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan, perlawanan akhir Piala IPT memasuki penentuan sepakan penalti. Lima kali sepakan diambil oleh kedua-dua pasukan, masing2 berjaya menjaringkan 4 gol...

Kapten UiTM, Amiridzwan Taj mengambil sepakan keenam... Aah! Sepakan kaki kirinya ditempis penjaga gol lawan! Sekiranya pemain KKK berjaya menyempurnakan sepakan penalti ini, maka jatuhlah piala ke tangan mereka..

Sepakan diambil, DAN..!!! Penjaga gol UiTM, Hazim BERJAYA menyelamatkan sepakan tersebut!! Pasukan UiTM KEMBALI BERNYAWA dan bermula tendangan ketujuh..

Fiqri Bala, dengan muka tenang memerhati penjuru pintu gol, mengambil langkah, dan menunggu isyarat dari pengadil. Lalu, pengadil meniupkan wisel dan... GOOLLLL!!!!

Kedudukan kini terikat 5-4, andai pemain berjersi 13 KKK tidak berjaya menjaringkan gol, maka UiTM akan dinobat selaku juara. Tetapi mampukah Hazim membaca tendangan lawan?? Pemain berjersi 13 dengan wajah yang ragu2, mengambil langkah, menunggu tiupan wisel. Lalu pengadil meiupkan wisel.. Pemain itu menerpa ke arah bola, dan.....

TIDAK GOOOLLLL!!!! UiTM SEKALI lagi mempertahankan kejuaraan mereka di Stadium keramat mereka, disaksikan sendiri oleh Dato' VC dan Menteri Pengajian Tinggi!!! Para pemain dan pegawai berlari dan memeluk satu sama lain, tanda kesyukuran tidak terhingga...

Begitulah saat2 yg masih segar diingatku.. Kemenangan final yang paling dramatik disaksikan sendiri olehku.. Kami berpelukan antara satu sama lain, mencium rumput padang tanda kesyukuran.. Bersama2 naik ke pentas, menyambut medal dan piala.. Sememangnya aku sangat2 gembira.. Kerana 3 perkara:

1) Kami berjaya menjuarai Piala Menteri Pengajian Tinggi kali kedua berturut-turut dengan suasana yang sangat2 dramatik..

2) Aku berjaya mendapatkan pingat emas keduaku tahun ini(target tahun ni adalah untuk mengatasi jumlah pungutan pingat tahun lepas. Tahun lepas adalah 3 pingat emas dan 2 perak).

3) Aku diminta untuk melaporkan diri ke Wisma FAM 25
Julai ini kerana aku mendapat panggilan ke Universiade (secara informal).. Akhirnya, impianku untuk ke kejohanan peringkat dunia tercapai... I'm off, to the WORLD!!!


No comments:

Post a Comment